Pengenalan Asas Komputer

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019 yang lalu, kami telah mengadakan kelas asas komputer bagi pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kelas ini yang bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas komputer dan fungsinya kepada para peserta. Para peserta didedahkan dengan bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Para peserta juga diajar untuk mengenali fungsi-fungsi yang terdapat di papan kekunci dan dilatih untuk menaip menggunakannya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali